Pernahkah anda mengalami masalah kucing kehilangan selera makan tiba-tiba? Biasanya hal ini akan diikuti juga dengan penurunan berat badan secara drastik, terdapat pembesaran pada perut, dan beberapa gejala-gejala lain.
Ada kemungkinan, Kucing anda mengalami Feline Infectious Peritonitis atau yang lebih dikenal sebagai FIP Kucing. FIP Kucing sendiri merupakan penyakit yang boleh membawa maut kepada kucing dan ia disebabkan oleh infeksi Coronavirus pada Kucing atau yang dikenal juga dengan FCOV.
Jadi, supaya anda semua tidak panik, ini beberapa fakta yang perlu anda tahu tentang Virus ini:
FIP Kucing: Kadar Kematian Yang Tinggi
Melibatkan sekitar 1~2% populasi kucing serata dunia, dengan kadar kematian sehingga ~96%.
Gejala Penyakit FIP Kucing
Kucing dengan gejala FIP biasanya menunjukan beberapa tanda seperti:
Hilangnya selera makan secara tiba-tiba
Pembesaran perut yang luar biasa
Adanya perubahan warna pada bola mata kucing seperti tidak biasanya.
Tubuh kucing seperti pada gusi, telinga, hidung, telapak tangan dan juga bola mata yang mengalami perubahan warna menjadi kuning.
Kucing dilihat tidak seaktif seperti biasa
Kucing terlihat mulai jarang buang air kecil seperti biasanya.
Demam
Tidak Berjangkit
Kucing yang dijangkiti virus FIP tidak akan menyebarkan virus FIP kepada kucing lain. Virus yang berjangkit adalah Feline Corona Virus (FCOV), bukan FIP. Kita berbincang sedikit mengenai FCOV ya.
FCoV (Felline Corona Virus) adalah virus Corona yang menjangkiti kucing. Virus ini hanya berjangkit diantara kucing saja dengan gejala FCoV yang paling teruk merupakan cirit-birit. Hampir 80% dari populasi kucing serata dunia dijangkiti virus ini. Perlu diingat juga bahawa, FCOV tidak membawa kematian, tapi ia merupakan virus yang boleh menyebabkan FIP. Ketika kucing dijangkiti virus FCOV, anda hendaklah mengelakkan seboleh-bolehnya perkara yang boleh memberi tekanan atau stress kepada kucing , kerana ketika kucing dijangkiti virus FCoV perkara-perkara yang meyebabkan stress pada kucing akan meningkatkan kemungkinan virus FCOV bermutasi menjadi FIP. Pastikan juga ketika kucing anda terkena virus FCoV, elakkan kucing dari bersentuhan dan bergaul dengan kucing lain supaya virus tidak berjangkiti.
Pada masa ini, boleh diubati
Pasa masa ini FIP sudah boleh disembuhkan melalui penemuan oleh penyelidik perubatan di AS menggunakan anti virus GS-441524.
If your cat shows symptoms of FIP, take it to the nearest veterinarian immediately for proper diagnosis and treatment. If you would like further consultation on the FIP virus and its treatment, you can contact Basmi FIP on WhatsApp or visit Basmi FIP's Instagram for guidance. You can also read a comprehensive guide to treating FIP in cats by clicking here.